Thursday, 15 March 2018

SPM 2017: Terengganu Terus Capai Kecemerlangan

SHARE


Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi tahniah, penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan seluruh warga pendidikan Terengganu berikutan kejayaan cemerlang dalam keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, yang diumumkan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, Terengganu sekali lagi mencipta sejarahnya yang tersendiri kerana keputusan SPM 2017 menyamai pencapaian terbaik dalam SPM sebelum ini apabila mencapai Gred Purata Negeri 4.90 dan angka ini merupakan peningkatan 0.12 berbanding Gred Purata Negeri Tahun 2016 iaitu 5.02.

"Peratus layak SPM juga meningkat dengan pencapaian lebih baik iaitu daripada 86.6 peratus pada 2016 kepada 88.56 peratus pada 2017.

"Bagi kategori SABK/SMKA, Terengganu telah mendominasikan ranking terbaik kebangsaan apabila tiga buah sekolah menduduki tiga tempat teratas iaitu SM Imtiaz  Besut, SM Imtiaz  Kemaman dan diikuti SM Imtiaz  Kuala Berang," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Katanya, kehebatan Terengganu adalah apabila tiga orang pelajar mendapat semua A+.

"Mereka adalah Muhamad Khairul Azri Mohd Khalid dari SM Imtiaz Besut; Muhammad Syauqellah Razali SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu masing- masing memperoleh 11A+," katanya.

Menurutnya, manakala Nur  Ellena Elmie dari Sekolah Menengah Sains  Sultan Mahmud, Kuala Nerus memperoleh 9A+.

"Lebih membanggakan kita iaitu seorang pelajar Calon Berkeperluan Khas dari sekolah menengah harian di Hulu Terengganu, SMK Kuala Telemong juga mendapat keputusan cemerlang.

"Pelajar itu adalah Ahmad Izzat Sohame @ Suhaimi SMK Kuala Telemong yang memperolehi mendapat (6A 1B 2C)," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri amat berbangga dengan pencapaian hebat yang  meletakkan pendidikan Terenggganu mengungguli Keputusan SPM 2017.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: