Thursday, 15 March 2018

SPM 2017 : SMKA Durian Guling Sekolah Agama Terbaik Terengganu

SHARE

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling dinobatkan SMKA terbaik Negeri Terengganu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang diumumkan pagi ini.

Dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 2.55 berbanding 3.25 pada tahun lalu, sekolah itu berada di tangga ke-11 SMKA terbaik kebangsaan.

Pengetuanya, Salleh Ab Bakar berkata, pencapaian terbaik sekolahnya berjaya menempatkan mereka di kedudukan 20 SMKA terbaik kebangsaan.


"Terima kasih kepada guru-guru yang tidak jemu mendidik. Begitu juga kerajaan negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri yang memberikan sokongan dan peruntukan kepada sekolah ini.

"Saya harap kejayaan ini menjadi motivasi kepada guru untuk terus gigih mencapai yang terbaik.

"Saya selaku pentadbir hanya membantu keperluan guru, tetapi merekalah yang bertungkus- lumus membentuk anak-anak ini," katanya ketika ditemui di sekolah pagi ini,"katanya kepada Teganukita, hari ini.

Seramai lapan pelajar sekolah itu berjaya mendapat A dalam semua mata pelajaran dan SMKADG juga diumumkan sekolah terbaik SPM 2017 Daerah Marang.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: