Friday, 2 March 2018

Serikandi Gesa Orang Ramai Bantu Golongan Tidak Bernasib Baik

SHARE

Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) menggesa orang ramai supaya sentiasa turun padang bagi melihat sendiri situasi golongan yang tidak bernasib baik.

Yang Dipertuanya, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, dengan adanya program yang kerap kali diadakan ke rumah istimewa ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban serta menggembirakan perasaan mereka.

“Mereka  tidak mengharapkan apa-apa daripada kita. Cuma, sekiranya kita lebih prihatin, ia akan sekaligus dapat menjadikan dunia ini lebih baik.

“Serikandi akan terus mengadakan program-program sebegini supaya kita juga dapat belajar apa itu erti syukur,” katanya.


Beliau ditemui wartawan selepas mengagihkan sumbangan Serikandi kepada penduduk Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Halina berkata, Serikandi turut mengalu-alukan mana-mana organisasi dan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dengan pertubuhan tersebut bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Dalam majlis berkenaan, Serikandi turut menyumbangkan RM1,000 sebagai sumbangan pentadbiran kepada Taman Sinar Harapan.
SHARE

Penulis: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: