Monday, 26 March 2018

Salur Peruntukan Aktifkan PDM

SHARE
Ahmad Razif bersama sebahagian J3K Kuala Terengganu  pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama J3K Kuala Terengganu, di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah 


Kerajaan negeri hari ini menyalurkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada setiap J3K parlimen Kuala Terengganu bagi mengaktifkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing.

Menteri Besar, Dato'Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tidak kurang daripada RM450,000 dibelanjakan untuk 108 buah J3K parlimen berkenaan.

Beliau mengharapkan peruntukan itu digunakan sebaik mungkin untuk mengaktifkan PDM. "Gunakan peruntukan ini untuk buat persediaan. Mulakan buka PDM.

"Pastikan setiap malam dah mula operasi. Hidupkan PDM masing-masing dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang," ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama J3K Kuala Terengganu, di Stadium Negeri Kuala Terengganu, hari ini.


Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Terengganu Azmi Razik dan Pegawai Penyelaras DUN Ladang Datuk Mohd Sabri Alwi.

Sementara itu, Mohd Sabri berkata, unit khas telah ditubuhkan UMNO Kuala Terengganu di setiap DUN bagi memantau mana-mana ahli atau pemimpin yang berniat mengkhianati parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan kejadian memboikot calon seperti yang berlaku dalam PRU sebelum ini tidak akan berulang kembali.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: