Thursday, 22 March 2018

Rakyat Terengganu Dijemput `Negeriku Berselawat, Doa Kami Untuk Palestin' 26 Mac Ini

SHARE

Terengganu bakal menganjurkan program `Negeriku Berselawat dan Doa Kami Untuk Palestin' di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus pada 26 Mac ini (Isnin).
Program bermula pada jam 8.00 malam akan disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen TV Alhijrah turut menampilkan penceramah tersohor, Ustaz Syamsul Debat.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijadualkan akan turut serta bersama kepimpinan negeri yang lain bagi menjayakan matlamat meneruskan doa dan munajat, memohon pertolongan Allah SWT supaya menghentikan kezaliman musuh-musuh Islam yang menindas rakyat Palestin ketika ini.
Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Komunikasi  Negeri Terengganu (UKOM) juga menjemput kumpulan Nur Ahli Badar untuk mempersembahkan Qasidah kepada tetamu yang hadir nanti.
Oleh itu, orang ramai dijemput beramai-ramai untuk sama-sama menjayakan majlis bagi mendoakan keselamatan bumi Gaza.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: