Wednesday, 7 March 2018

Paya Bunga Hotel Terengganu, Bakal Tawar Harga Serendah RM179

SHARE



Paya Bunga Hotel Terengganu, hotel terbaru yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu dengan tagline “Where Business Meets Leisure”, menawarkan kemudahan eksklusif kepada tetamu-tetamu dari segenap lapisan masyarakat.

Bakal dibuka dengan harga istimewa serendah RM179.00 sebilik semalam, tetamu boleh bersantai  sambil menikmati pemandangan indah bandar raya dari hotel yang berkonsep moden kontemporari.

Lokasi strategik hotel ini bukan sahaja memberi pemandangan yang indah, tetapi juga memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan tiga kompleks disekelilingnya iaitu Paya Bunga Square, Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Plaza.


Pengurus Besar hotel itu, MS Natasha Noorbaya Yusoff, berkata dengan  adanya dua jambatan yang menghubungkan  antara hotel dan kompleks-kompleks tersebut, tetamu dapat menikmati  kemudahan seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC), panggung wayang LFS dan pusat bowling Coral Crown Bowl.

Katanya,  sejumlah 1,172 tempat letak kereta,  208 bilik dan suite tetamu yang dilengkapi dengan dekorasi eksklusif  disediakan  untuk keselesaan  pengunjung.

“Bagi majlis resepsi atau mesyuarat, Camelia Grand Ballroom amat sesuai untuk majlis yang berskala besar. Camelia Grand Ballroom boleh menempatkan  1,000 tetamu bagi susunan “theatre”. 

“Bagi majlis-majlis dengan skala kecil, hotel itu turut menyediakan 15 bilik dan suite mesyuarat serta keraian. Selain itu, hotel ini juga menawarkan bilik Orchid yang lengkap dengan  ruang makan dan istirehat,”katanya  dalam satu kenyataan.

Bagi pengemar makanan dan mereka yang sentiasa mencari hidangan istimewa, Restoran The Roselle @ Eleven di tingkat 11 hotel menawarkan pelbagai jenis hidangan antarabangsa dan citarasa Malaysia.

Dengan kapasiti 148 tempat duduk am dan 2 bilik persendirian, Roselle @ Eleven yang dihiasi dengan dekorasi Malaysia dan Morrocan merupakan puncak keraian di Kuala Terengganu selaras dengan tagline ‘Pinnacle of Celebration in Kuala Terengganu”. 

Tetamu boleh menikmati pemandangan rooftop yang indah sekitar Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu dari perkarangan kolam renang Paya Bunga Hotel Terengganu.

 Kolam renang yang berada di tingkat 11 itu merupakan kolam renang aras tinggi pertama di Kuala Terengganu dan menawarkan pandangan 360 darjah bandar Kuala Terengganu kepada tetamu.
Selain daripada itu, kemudahan Jimnasium yang dilengkapi dengan alat senaman terbaik juga ada disediakan kepada tetamu-tetamu Paya Bunga Hotel Terengganu. 

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: