Saturday, 24 March 2018

Orang Ramai Disaran Sumbang Karya Menerusi KREATIFMARKET.MY

SHARE
Jailani menyampaikan sijil penyertaan kepada seorang peserta KREATIFMARKET.MY, Azli Adzlan sempena majlis pelancaran program tersebut di Dewan sivik Ajil


Orang ramai disarankan supaya merebut peluang untuk menyumbangkan hasil karya kreaviti foto mereka dalam program KREATIFMARKET.MY untuk menjana pendapatan sampingan yang berterusan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato' Seri Jailani Johari berkata, peluang ini hasil inisiatif kementeriannya  dan MYNIC yang merupakan platform pertama di Malaysia mengkomersial hasil karya seni fotografi tempatan atas talian berkonsepkan crowdsourcing.

Jelasnya lagi, ini bagi memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan sampingan secara berterusan setanding platform antarabangsa seperti Shutterstock, Getty Images, 123rf dan banyak lagi.

"Seiring dengan teras KKMM yang dapat memberi fokus dalam pemerkasaan industri kreatif dan menggerakkan ekonomi digital negara , program KREATIFMARKET.MY dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui kemahiran sebagai aset untuk menjana pendapatan secara digital.

" Para penyumbang mampu memperolehi insentif sehingga RM600 bagi karya yang dimuat naik  dan bagi setiap karya yang dijual melalui platform KREATIFMARKET.MY, setiap penyumbang mampu untuk menjana pendapatan sehingga RM5,000,"katanya selepas melancarkan platform Kreatifmarket.my di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC, Datuk Hasnul Fadhly Hasan berkata, sehingga kini pihaknya tmenerima sumbangan sebanyak 11,000 hasil fotografi dengan lebih daripada 2,500 gambar yang dimuat naik diluluskan mengikut kriteria kreatif.

"Melalui sumbangan tersebut, lebih RM9,000 insentif telah dibuat kepada pihak penyumbang yang telah berdaftar.

"MYNIC secara tidak langsung sebenarnya telah membentuk generasi cakna digital yang boleh menyesuaikan pelbagai bidang kemahiran terutama bidang fotografi untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan pasif berterusan melalui keusahawan dalam talian," katanya lagi.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: