![]() |
Ahmad Razif meninjau perkembangan projek jambatan angkat di Seberang Takir. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim |
Jambatan angkat
(draw bridge) yang menghubungkan Kuala Terengganu Selatan dengan Seberang
Takir, Kuala Nerus dijangka siap pada September ini dan dapat digunakan
sepenuhnya pada Oktober nanti.
Menteri Besar Dato’
Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jambatan yang pertama seumpamanya di Asia
Tenggara dengan kos keseluruhan RM248 juta itu mampu memendekkan jarak perjalanan
dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang mengambil masa kira-kira 10 minit.
Katanya, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan berperanan mengendalikan jambatan ikonik itu yang merupakan satu lagi
mercu tanda baharu bagi Terengganu.
“Orang akan kenal
Terengganu dengan draw bridge. Apabila sebut jambatan angkat pastinya akan tahu
hanya di Terengganu," katanya.
Beliau berkata ketika melawat jambatan itu yang diiringi
Pengurus Besar Corporate Strategic Planning Division ECERDC Datuk Ragu
Sampasivam, di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.
Ahmad Razif berkata
apabila siap kelak, jambatan itu dapat menyelesaikan kesesakan lalulintas di
Jambatan Sultan Mahmud, yang kini semakin meruncing.
Katanya, ia sudah
pasti akan menarik minat ramai pengujung terutama pelancong kerana ia merupakan
jambatan yang sangat menarik dengan mempunyai empat menara yang akan
menempatkan restoran dan dewan-dewan untuk majlis keramaian.
“Kerajaan sedang
mengkaji dan berbincang sama ada jambatan itu dikendalikan di bawah Jabatan
Kerja Raya (JKR) atau badan-badan lain yang bersesuaian.
“Di kawasan itu
nanti akan dijadikan bandar warisan pesisir air yang hidup dan dibangunkan
kawasan perdagangan dengan pelbagai projek dengan peruntukan melebih RM1 bilion,”katanya.
Manakala di sebelah
Selatan Kuala Terengganu pula, beliau berkata, ia akan bermula dengan Kuala
Terengganu City Central (KTCC), diikuti dengan menara Tenaga Nasional Berhad.
"Tidak berapa
lama lagi Mayang Mall akan mula beroperasi di situ yang akan menempatkan
apartment yang menjadikan kawasan itu satu kawssan tarikan yang utama
pengunjung dan pelancong," katanya.
Dengan siapnya
jambatan itu kelak, ia menjadikan empat jambatan yang menghughungkan Kuala
Terengganu dengan Kuala Nerus iaitu menerusi Jambatan Sultan Ismail (Pulau
Rusa-Manir), Jambatan Bukti Losong (Losong-Teluk Pasu), Jambatan Sutlan Mahmud
(KUala Ternggnau-Bukit Tunggal) dan Jambatan Angkat.
0 komen: