Friday, 2 March 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: Lebih 300,000 Dicatat Hadir Sepanjang 5 Hari

SHARE

Hari kelima penganjuran Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus mencatatkan angka yang paling ramai setakat ini, iaitu 82,938 pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ekspo Terengganu 2018, Dato’ Tengku Putera
Tengku Awang berkata, sepanjang lima hari hari penganjuran ekspo tersebut, seramai 300,308 orang telah dicatatkan membanjiri perkarangan kompleks itu.

“Kehadiran pengunjung sangat luar biasa dan pihak penganjur jangka ia akan lebih
meningkat pada dua hari terakhir ini yang jatuh pada hari cuti hujung minggu,”
katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, para pengunjung tidak harus melepaskan peluang menghabiskan
dua hari terakhir dengan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan.

“Malam esok (hari ini) akan diadakan Konsert Pesona yang menampilkan artis-artis popular seperti Hael Husaini, Akim and The Majistret, Aiman Tino, Wany Hasrita, Haqiem Rosly, Siti Nordiana, Ameng dan Shafik Farhain, ini tidak termasuk majlis perasmian penutup yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada hari terakhir 3 Mac nanti,” katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: