Thursday, 1 March 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: KTS Tawar Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Percuma

SHARE
Antara pengunjung yang hadir pada pemeriksaan kesihatan percuma oleh KTS. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.

Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus bermula 25 Februari lalu menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung.

Antara perkhidmatan yang disediakan di sini sempena ekspo tersebut adalah pemeriksaan kesihatan percuma oleh pakar dari Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS).

Menurut Ketua Unit Pemasaran KTS, Sharifah Maha Syed Mohammad Salleh, lebih 100 orang pengunjung hadir setiap hari untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di 'booth' KTS yang terletak di pavilion Terengganu Inc Group.

Katanya, selain daripada pemeriksaan kesihatan percuma di 'booth' terdapat pelbagai lagi perkhidmatan disediakan di situ termasuk hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung.


"Selain di ekspo, KTS turut menyediakan perkhidmatan 'mammogram' di hospital secara percuma. Caranya amat mudah apabila pengunjung hanya perlu mendaftarkan nama di 'booth' kami dan pihak hospital akan menghubungi mereka yang layak untuk melakukan pemeriksaan ini secara percuma.

"Kami juga menyediakan 10 hadiah cabutan bertuah pada setiap hari berupa pakej pemeriksaan kesihatan eksekutif dengan nilai hampir RM5,000," katanya kepada Teganukita.

Tambah Maha, bermula hari pertama, pakar-pakar berlainan telah hadir untuk melakukan pemeriksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

"Untuk hari pertama dan kedua, kami menjemput pakar sakit puan manakala pada hari ketiga dan keempat pula kami menyediakan pakar mata di sini.

"Hari ini dan esok pula, kami sediakan pakar kesihatan dalaman manakala pada hari terakhir, pakar ENT akan berada di 'booth' kami," katanya.

Selain itu, pada hari Jumaat dan Sabtu ini juga, pihaknya akan menyediakan satu slot kesihatan yang dikendalikan oleh Jabatan Fisioterapi dan Rehabilitasi KTS di situ.
SHARE

Penulis: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: