Friday, 2 March 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: Hotel Permai Buka Peluang Dekorasi Kek

SHARE
Lima pengunjung bertuah diberi peluang mendekorasi kek yang dianjurkan oleh Hotel Permai di Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.

Hotel Permai, Kuala Terengganu membuka peluang kepada pengunjung untuk mendekorasi kek pada Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.

Pengurus Besar hotel tersebut, Noralizan Abd Rahman berkata program tersebut diadakan untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri cara mendekorasi kek.

Katanya, pihak Hotel Permai mencari satu slot khas untuk bersama pengunjung dalam menunjukkan demonstrasi tersebut.

"Sebelum membuka peluang kepada pengunjung, pihak kami terdahulu menunjukkan cara untuk mendekorasi kek oleh chef di hotel kami.

"Kemudian, lima pengunjung bertuah di ekspo tersebut diberi peluang mencuba untuk mendekorasi kek tersebut mengikut kreativiti masing-masing," katanya kepada Teganukita.


Tambahnya, lima pengunjung bertuah tersebut turut menerima saguhati daripada Hotel Permai manakala dua pemenang utama dalam mendekorasi kek itu pula menerima penginapan dua hari satu malam di Hotel Permai.

Dalam pada itu, Noralizan berkata sepanjang ekspo tersebut berlangsung, lebih separuh daripada staf hotel berada di sini bagi menjayakan program-program yang disediakan oleh pihaknya.

"Di sebelah luar, kami sediakan 'booth' jualan makanan manakala di dalam pavilion pula disediakan 'booth' jualan produk serta untuk penerangan.

"Selain dari mengendalikan pelbagai program di Ekspo Terengganu 2018 ini, pihak kami juga terlibat dalam penyediaan makanan untuk disajikan kepada orang-orang kenamaan yang hadir ke sini," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: