Saturday, 3 March 2018

EKSPO TERENGGANU 2018 : 85 Ribu Pengunjung Banjiri Majlis Penutup

SHARE


Oleh : Mohd Irsyadi Abu Bakar 
Foto oleh : Harish Fadzillah Abu Kassim

Kira-kira 85,000 pengunjung membanjiri perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus sempena Majlis penutupan Ekspo Terengganu 2018 yang dilancarkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini.

Sejak awal pagi lagi, lapangan pentas utama dipenuhi 'lautan biru' pengunjung dan pemimpin politik serta yang datang memakai baju tema Terengganu Molek Doh.

Beliau hadir ditemani Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman melawat ruang pameran kerajaan negeri dan Jualan Sentuhan Rakyat sebelum merasmikan penutupan Ekspo Terengganu 2018.

Mohd Najib berasa teruja dengan eskpo yang diadakan kali ini melihat kepada semangat dan kebangkitan rakyat Terengganu.


"Hari ini telah lebih 400 ribu hadir ke sini bermakna 45 peratus rakyat Terengganu telah melihat ekspo kali ini.

"Saya dapat melihat Transformasi Terengganu Baharu yang dibuktikan oleh pimpinan negeri ini.

"Melihat kepada pendekatan terbaik yang disajikan, saya memberi markah yang tinggi untuk negeri ini.

"Berbeza dengan pembangkang. Mereka hanya mengutarakan isu tanpa melahirkan alternatif. Isu kos sara hidup dan lain- lain, segalanya telah dijawab kerajaan dalam Eskpo ini," katanya.

Beliau memaklumkan, Bajet 2018 memberikan banyak insentif ditambah lagi dengan bantuan kerajaan negeri disemua peringkat rakyat.

"ECRL akan mempunyai jajaran landasan terpanjang di Terengganu ini yang akan menawar lebih 30 ribu peluang kerja.

"Ekonomi negara juga meningkat 5.9 peratus berbanding tahun lalu. Di Terengganu, Kemaman 'zero' miskin tegar dan akan diikuti daerah lain dalam dua ke tiga tahun lagi.

"Aramco akan melabur tujuh bilion USD iaitu lebih kurang RM 30 bilion di Malaysia dan kita akan mendapat dana tambahan itu pada hujung bulan ini.

"Ini tidak termasuk tujuh bilion yang masuk melalui projek Silika di Terengganu," katanya yang akan terus menyokong kepimpinan Terengganu.

Beliau turut menyampaikan bantuan khas dan insurans untuk pemandu teksi yang pertama di Malaysia.


Rata-rata berpuas hati dengan ekspo kali ini dan kagum dengan pencapaian Negeri Terengganu sepanjang empat tahun ini serta di bawah pentadbiran tiga mantan Menteri Besar (Kerajaan BN).

Sebelum itu, Menteri Besar juga mengumumkan Ekpo Terengganu 2018 disambung sehingga jam enam petang esok.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: