Thursday, 1 March 2018

EKSPO TERENGGANU 2018 : 5,000 Dijangka Sertai Pertandingan Memancing Tawar RM195,000

SHARE

Seramai 5,000 peserta dijangka bakal memeriahkan pertandingan memancing terbesar di Pantai Timur bersempena Ekspo Terengganu 2018 'Terengganu Molek Doh' bertempat di Tasik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, pada 2 Mac 2018 (Jumaat) jam 8.30 pagi.

Program julung kali itu dianjurkan Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu dan Nodin KTJ Fishing.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof akan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah acara itu pada jam 11.30 pagi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu, hadiah menarik melibatkan wang tunai lebih dari RM195,000 bakal menjadi rebutan pemancing.

Katanya, juara akan membawa pulang RM50,000, naib juara (RM30,000) dan yang ketiga RM15,000, manakala masing-masing tempat keempat (RM5,000) dan kelima (RM2,000).

Manakala tempat keenam hingga ke seratus bakal membawa pulang RM1,000. Turut menjadi rebutan cabutan bertuah berupa sebuah motosikal, dua unit tv led dan wang tunai.

"Yuran memancing hanya RM100 dikenakan untuk satu joran dengan dua mata kail. Konsep pertandingan adalah menang sapu bersih,"katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: