Thursday, 1 March 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: 175 pelajar Terima Kelengkapan Sekolah

SHARE
A. Latiff menyampaikan bantuan kelengkapan persekolahan kepada pelajar. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), menyumbang kelengkapan persekolahan kepada 175 pelajar kurang berkemampuan membabitkan sembilan sekolah di negeri ini.

 Antara sekolah itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah, SK Bukit Gemuruh, SK Paloh, SK Bukit Sawa da SK Tasik, Marang.

Kelengkapan persekolahan berupa pakaian seragam sekolah berjenama Canggih, kasut dan sokin itu diagih melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).
 
Penyampaian sumbangan itu disempurnakan Pengerusi Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri A. Latiff Awang oleh pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan pada  Ekspo Terengganu 2018 di Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: