Tuesday, 13 March 2018

Bapa Exco Komunikasi Meninggal Dunia

SHARE
Ghazali  (duduk, berbaju putih) bersama keluarga terdekat di pusara arwah ayah beliau sejurus dikebumikan. 

Bapa kepada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Dr Ghazali Taib meninggal dunia malam tadi akibat serangan jantung.

Taib Said, 76 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) kira-kira jam 11.15 malam.


Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil turut mengiringi jenazah yang disembahyangkan di Masjid Kampung Tok Jamal Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu pada jam 11 pagi sebelum dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan masjid berkenaan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: