Saturday, 10 February 2018

Kerajaan Terengganu Cakna Bantu Rakyat

SHARE
Ahmad Razif sempat beramah mesra dengan penduduk di DUN Bukit Tunggal sebelum merasmikan Majlis Penutup Karnival Sukan Rakyat dan Jamuan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra.

Kerajaan negeri terus berusaha dalam membantu sekaligus menjaga kebajikan rakyat walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut dimenangi oleh pihak pembangkang sebagai tanda kecaknaan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun kawasan tersebut telah kalah namun menjadi komitmen dan tanggungjawab kerajaan negeri untuk terus membantu rakyat.

Katanya, kerajaan yang ada pada hari ini tidak akan sesekali menganiyai rakyat walau dalam apa jua keadaan.

"Walaupun tempat yang tak menang pun kita tetap akan jaga dan kita tetap bagi kebajikan.

"Kita akan memelihara dan memastikan perjuangan kita membantu rakyat akan dilaksanakan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Sukan Rakyat dan Jamuan Rakyat di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Terengganu, Adli Kesah; Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Pegawai Penyelaras DUN Bukit Tunggal, Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad.

Dalam ucapan tersebut juga, Ahmad Razif telah meluluskan beberapa perkara untuk pembangunan di DUN Bukit Tunggal antaranya perumahan.

Katanya, pihak kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan 300 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di kawasan tersebut seperti yang dibina di Pulau Duyung.

"Cuma sekarang saya nak meminta Tuan Arif untuk cari tanah. Kalau sudah ada, beritahu saya dan kita akan dirikan 300 unit RMM.

"Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk bagi peruntukan RM1 juta kepada DUN Bukit Tunggal untuk membina rumah dengan nilai RM40,000 namun dijual dengan harga RM20,000.

"Kerajaan akan bina rumah dengan harga RM40,000 namun pemilik hanya bayar RM20,000 secara bulanan tanpa bunga iaitu RM100 sebulan. Rumah ini dibina kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM2,000 dan ke bawah," katanya.

Selain itu, Ahmad Razif turut memberi peruntukan sebanyak RM500,000 untuk baik pulih jalan di DUN tersebut.
SHARE

Penulis: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: