Sunday, 4 February 2018

Kampung Cina Tonjolkan Pelancongan Lestari

SHARE
Program Mek Awang Balik Kampung antara aktiviti yang menunjukkan Kampung Cina sebagai Pelancongan Lestari. Foto oleh Zulkifli CW Putra.

Program-program yang berlangsung di Kampung Cina, Kuala Terengganu menonjolkan perpaduan di antara komuniti setempat dan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum.

Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, melalui program yang diadakan di situ, kita akan dapat melihat pendokong komuniti sama yang akan menjayakan setiap program di Kampung Cina.

Katanya, selain program Mek Awang Balik Kampung, pesta serta sambutan lain seperti Pesta Tanglong ataupun Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina dan Pesta Mazu menunjukkan Kampung Cina adalah  satu produk pelancongan lestari.

"Pelancongan lestari tidak hanya semata-mata berkisar kepada ekopelancongan tetapi  ianya  mengenai penglibatan komuniti di dalam pelancongan.

"Apa yang dilakukan oleh masyarakat di Kampung Cina inilah kita cuba kembangkan dan cuba sebarkan supaya komuniti lain mengambil iktibar serta pengajaran," katanya.


Beliau ditemui pemberita dalam majlis Mek Awang Balik Kampung di Kampung Cina, Kuala Terengganu, kelmarin.

Turut hadir Yang Dipertua Dwan Undangan negeri,Dato' Mohd Zubir Embong dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (DPPCT), Dato' Low Kian Chuan.

Tun Faisal berkata, untuk menjadikan sesuatu kawasan itu sebagai tempat pelancongan, komuniti setempat juga haruslah memainkan peranannya.

"Kampung Cina sudah mencipta satu jenamanya sendiri sebagai produk pelancongan yang istimewa di Terengganu.

"Jadi kita kena kembangkannya lagi supaya dari Kampung Cina pergi Jalan Banggol setersunya ke Tanjung agar setiap lokaliti itu ada jenamanya sendiri. Melaluinya, barulah kita boleh wujudkan Bandaraya Pesisir Air yang lebih menarik," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: