Tuesday, 6 February 2018

Felcra Belanja Untuk Sekolah RM1.12 Juta

SHARE
Anak-anak peserta Felcra bergambar bersama -sama Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Zulkifli Sidik selepas majlis penyerahan barangan persekolahan hari ini


Felcra Berhad (Felcra)melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) buat julung kali memperuntukkan  RM1.12 juta bantuan persekolahan melibatkan 3,201 penerima di enam lokasi di Terengganu.

Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Zulkifli Sidik berkata, penerima yang terpilih merupakan anak peserta Felcra, anak kakitangan serta penduduk berhampiran kawasan operasi Felcra. 

Katanya, bantuan bernilai RM350 satu keluarga tersebut adalah bertujuan untuk meringankan beban isi rumah di samping memastikan keselesaan pelajar-pelajar melalui sesi persekolahan yang sedang berjalan.

"Bantuan ini disalurkan dalam bentuk kelengkapan persekolahan iaitu pakaian sekolah, beg sekolah, kasut, stoking, buku latihan dan peralatan tulis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra Berhad di Dewan Perkampungan Felcra Berhad Kawasan Bukit Kapah di Telemong, Hulu Terengganu, hari ini.

Seramai 86 anak peserta Felcra Bukit Kapah menerima sumbangan barangan persekolahan dan majlis penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.

Menurut Zulkifli lagi, bantuan tersebut turut melibatkan semua syarikat milik kerajaan (GLC) untuk turut serta menyumbang bantuan berbentuk kebajikan kepada rakyat dan rakyat dapat menikmatinya dengan sempurna.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: