Wednesday, 28 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018: Lebih 1,000 Sertai Kayuhan Ekspo Terengganu

SHARE
Antara peserta yang terlibat dalam Fun Ride sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto ehsan daripada Lokman Hamid.

Lebih 1,000 penggemar sukan berbasikal di negeri ini menyertai program Fun Ride anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bersempena Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.

Penolong Pengarah MSNT, Nasree Najmi berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila hampir kesemua ahli kelab-kelab berbasikal di setiap daerah termasuk Setiu, Dungun dan Kemaman turun padang untuk turut sama beriadah.

Menurutnya, kayuhan sejauh sejauh 23 kilometer itu bakal mengambil masa antara sejam hingga ke sejam setengah di mana peserta perlu melalui Bulatan Batu Enam, Jambatan Pulau Sekati, Cabang Tiga, Jambatan Sultan Mahmud , Pulau Duyong, Bukit Tumbuh dan kembali ke Kompleks Sukan Gong Badak.

“Pada acara yang julung kali diadakan ini kita turut menyediakan hadiah lumayan kepada peserta yang bertuah dengan hadiah wang tunai RM1,000 bagi cabutan bertuah pertama dan RM500 kepada pemenang bertuan kedua dan ketiga.

“Selain hadiah wang tunai kita turut menyediakan hadiah barangan elektronik kepada peserta melalui cabutan bertuah yang dilakukan selepas tamat acara kayuhan,” katanya.

Dalam pada itu, Nasree berkata, MSNT akan terus memperhebatkan acara-cara sedemikian dalam usaha melahirkan masyarakat sihat menerusi aktiviti sukan selain mengcungkil bakat-bakat baharu sukan berbasikal pada masa akan datang.

Pada program itu, peserta dari Kelab BMCC, Asyraf Syazwan Mazuki berjaya dinobatkan selaku peserta bertuah dengan membawa pulang hadiah wang tunai yang disampaikan sendiri, Nasree Najmi selepas tamat kayuhan santai Expo Terengganu 2018. - Sinar Harian
SHARE

Penulis: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: