Wednesday, 28 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018 : Kumpulan Dendang Anak Pukau Penonton

SHARE

Kumpulan Dendang Anak Jenagor berjaya memukau pengunjung Ekspo Terengganu 2018, di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, dengan persembahan unik mereka tentang kebudayaan melayu dalam menyampaikan lagu bercirikan ketuhanan.

Kumpulan ini menjadi perintis menggunakan kaedah muzik budaya Melayu sebahagian cara pemulihan untuk mengembalikan adat, sopan santun kepada penghuninya berpengkalan di Madrasah Khairul Insan, Jenagor,Hulu Terengganu.

Pengasasnya, Zulkifle Ismail, 60, berkata asalnya terapi ini digunakan untuk penagih sebab kalau menggunakan kitab mereka mudah mengantuk, tidur dan hilang fokus.

Jelasnya lagi, kaedah muzik ni bukan sahaja menjauhkan mereka dari `budaya kuning' dan tidak sihat, tetapi menerapkan nilai kemelatyuan itu sendiri.

"Jadi saya tulis lirik dan isinya kita ajar nama Tuhan, nasihat dalam kaedah lagu. Sudah cipta 500 lagu..muziknya sampai pagi pun tidak apa, berkesan..bukan sekadar berdendang dan menyanyi tapi kena amalkan apa yang mereka dendangkan

"Contohnya nak suruh hafal Asma AlHusna ..payah nak ingat tapi saya cipta 99 lagu berdasarkan nama Tuhan, setiap satu nama satu lagu..mereka boleh hafal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak Ekspo Terengganu 2018, Kuala Nerus, hari ini.




Zulkifle yang lebih dikenali sebagai Abang Ku berkata, apabila kumpulan Dendang Anak ini menjadikan muzik sebagai terapi diri dan menjadi terkenal apabila sering diundang dalam majlis perkahwinan termasuk di majlis rasmi.

"Bila kita buat kumpulan muzik sebagai  terapi dalam diri dan akhirnya menjadi terkenal seterusnya mewakili malaysia dalam pertandingan World Muzik sebanyak empat kali dan tahun lepas mewakili Malaysia dalam pertandingan muzik di Mesir.

"Ini merupakan pencapaian terbaik buat bekas-bekas penagih bila mereka tidak lagi menagih, mereka mampu mewakili negara ke taraf antarabangsa.

"Sekarang kita ada Dendang Anak Terengganu, Dendang Anak Kedah dan juga Dendang Anak Selangor. Apabila ada acara kita akan pilih yang terbaik daripada semua yang ada untuk jadi Dendang Anak Kebangsaan," katanya lagi.

Menurut Abang Ku, cawangan kumpulan Dendang Anak kini ada di Kedah, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah dan Indonesia dan matlamat utama adalah untuk menyatukan rumpun budaya Melayu dengan mengembalikan nilai-nilai Melayu kepada anak bangsa supaya tidak luput.




Jelasnya lagi, kumpulan Dendang Anak Jenagor adalah perintis dan mula berkembang apabila dilantik sebagai duta kebudayaan Negeri Terengganu pada zaman bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh oleh Kementerian Pelancongan setelah terpilih mewakili malaysia ke World Muzik ketika itu.

"Kalau dulu di peringkat awal kita tidak ada penari tapi selepas satu generasi ianya telah berkembang apabila anak-anak kepada bekas penghuni mula berjinak dalam bidang ini dan dilatih untuk menjadi penari untuk dendang anak.

"Kita wujudkan Malam Melayu Sejati setiap hujung minggu sejak lima tahun lepas untuk hidupkan budaya Melayu di mana mereka akan berpakaian busana Melayu, menari dan mendendangkan lagu Melayu....bila cuti sekolah kita buat perkampungan budaya Melayu sempena cuti sekolah selama sebulan," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: