Wednesday, 28 February 2018

EKSPO TERENGGANU 2018 : Hotel Permai Tawar Harga Sajian Lebih Murah

SHARE

Hotel Permai, Kuala Terengganu menawarkan beberapa hidangan kepada pengunjung di Ekspo Terengganu 2018 dengan harga istimewa yang jauh lebih murah sepanjang seminggu acara itu berlangsung.

Pengurus Besarnya, Noralizan Abd. Rahman berkata, antara hidangan yang menjadi pilihan adalah nasi ayam kampung penyet yang dijual pada harga RM12 berbanding nilai sebenar RM20 di hotel, di samping, burger oblong serendah RM6 (harga sebenar RM18) dan spageti bebola daging (RM6).

Katanya, terdapat juga pilihan lain seperti mi calong (RM6), teh tarik special (RM3) dan air pegaga 'permai wow' bernilai RM3.

"Kita dapat sambutan yang hebat, luar jangkaan malah hari ini dalam tempoh satu jam bermula pukul 10 pagi, nasi ayam kampung penyet Hotel Permai licin.

"Pada peringkat permulaan, sebanyak 40 ekor ayam disediakan dan kita terpaksa tambah lagi 60 ekor untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ramai," katanya kepada pemberita di tapak pameran Ekspo Terengganu 2018, hari ini.



Menurut Noralizan, harga istimewa yang ditawarkan itu setanding dengan gerai jualan lain yang terdapat di ekspo menyebabkan pengunjung menyerbu gerai jualan mereka.

Katanya, ekoran sambutan menggalakkan itu, pihaknya akan menggunakan 500 ekor ayam bagi keperluan hingga hari terakhir ekspo, dengan penambahan 200 ekor ayam.

Tambahnya, selain jualan makanan, Hotel Permai menawarkan harga bilik bernilai RM99 termasuk sarapan pagi bagi pelanggan sepanjang ekspo berlangsung.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: