Thursday, 18 January 2018

Sedih Tak Mampu Tatap Wajah Menteri Besar- Makcik Bidah

SHARE

Ahmad Razif berbual mesra dengan Makcik Bidah. Foto Zukifli C W Putra


"Makcik gembira apabila mengetahui Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri mahu datang melawat.

"Pada masa sama makcik berasa sedih kerana kunjungan Dato' Razif kali ini, makcik hanya mampu berbual tanpa dapat  melihat raut wajah beliau," kata Bidah Mamat, 66, dari Kampung Baru, Seberang Takir, petang ini.


Makcik Bidah yang cacat penglihatan sejak lapan bulan lalu dan kudung kaki kanan hampir enam tahun akibat diabetes berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahmad Razif bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria sempena program Ziarah Kasih Bersama Pemimpin Setempat.

Sebanyak 260 rumah golongan asnaf, warga emas, Orang Kelainan Upaya dan orang uzur membabitkan 26 kampung dikunjungi pemimpin setempat terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua Cawangan UMNO.


Sementara itu, Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir berkata, program seumpama itu akan diteruskan dengan kekerapan dua minggu sekali melibatkan pemilihan 10 keluarga yang kurang berkemampuan bagi setiap kampung.

Katanya, program itu menyasarksn sekurang- kurangnya 520 keluarga di DUN  itu dapat dikunjungi pemimpin di kawasan masing- masing dalam tempoh sebulan.

"Pelbagai barangan dapur dan sejumlah wang tunai diagihkan dalam kunjungan yang penuh bermakna itu.


"Program seumpama ini sangat wajar bukan saja mampu merapatkan hubungan antara pemimpin setempat malah dapat mengetahui apa kehendak rakyat terutama bagi mereka yang uzur dan warga emas," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: