Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyifatkan 2017
sebagai tahun kemenjadian murid di Terengganu
apabila melakar lebih 70 kejayaan
serta pencapaian terbaik di peringkat nasional dan antarabangsa.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata
antara kejayaan besar yang berjaya dicapai melalui pertandingan inovasi
menerusi Program Sains Teknologi Matematik (STEM).
“Jika dikira sekali dengan penyertaan dalam bidang sukan, kita berjaya capai lebih 70 kejayaan dengan lebih 10 pencapaian terbaik di peringkat antarabangsa.
“Tahun ini hasil inovasi pelajar dalam STEM juga menunjukkan
peningkatan ketara berbanding dua tahun lalu iaitu pada 2015 dan 2016 malah
boleh dikatakan STEM sekolah di Terengganu telah merangkul lebih 30 kemenangan di kebangsaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Terengganu-Exxon Mobil Mathemathics Innovation Challenge (TexMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) di Pusat Sains dan Kreativiti (PSKT), Kampung Laut, Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata demikian pada Program Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Terengganu-Exxon Mobil Mathemathics Innovation Challenge (TexMIC) dan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) di Pusat Sains dan Kreativiti (PSKT), Kampung Laut, Kuala Terengganu, semalam.
Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi
Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang
Shafruddin berkata, kejayaan dalam kemenjadian murid serta
melahirkan sekolah berkualiti sejajar dengan Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) serta bertepatan dengan falsafah pendidikan dan
hasrat Transformasi Terengganu Baharu (TTB).
“Bukan mudah untuk melakar kejayaan di peringkat
antarabangsa, dan usaha ini dibuktikan dengan kejayaan pelajar kita mencapai
lebih 10 kemenangan di peringkat antarabangsa menerusi pertandingan inovasi dan
sukan.
“Faktor ini mendorong ExxonMobil bersetuju menaja RM50,000
kepada satu pasukan inovasi dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu
Rakit bagi pertandingan STEM di Beijing, China November ini,” katanya.
Selain itu, Shafruddin berkata, kerajaan juga bersetuju
memperuntukkan RM20,000 bagi dua buah sekolah yang akan menyertai pertandingan
robotik di World Robot Olympiad di Costa Rica pada 10 hingga 12 November ini.
“Setiap sekolah akan menghantar lima wakil termasuk seorang
guru bagi pertandingan itu, kesemua mereka perlu dapatkan dana sehingga
RM35,000 bagi menampung perbelanjaan termasuk kos pengangkutan dan tempat
tinggal sepanjang di sana.
0 komen: