Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berperanan sebagai jentera yang akan sentiasa membantu dan memperkuatkan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad
Razif Abd Rahman, berharap supaya Kemas Negeri yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Faridah Mat
dapat memperkukuhkan fungsinya bagi mengelak berulang tsunami politik pada 1999 (PRU10) apabila BN Terengganu tumbang berikutan ramai yang
berpaling tadah dan termakan hasutan pembangkang.
“Alhamdullilah dengan kekuatan yang kita bina akhirnya BN dapat
menguasai semula pada 2004. Kita juga nampak
perkara ini sudah mula menampakkan hasilnya dan perkembangan terbaharu apabila
Presiden Pas Dato’Seri Abdul Hadi Awang ketika Majlis Syura Ulama Pas,
baru-baru ini membuat keputusan supaya ikatan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dengan Pas terlerai (berpecah), pada Jumaat
lalu.
“Jadi ini menunjukkan bahawa Pas kini sudah sedar tentang
apa sebenarnya matlamat-matlamat parti yang pernah bersekongkol dengannya sebelum
ini terutamanya DAP. Majlis Syura Ulama PAS pada 11 mei lalu sebulat suara
mengambil keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR secara
serta-merta,” katanya ketika berucap pada program Karnival Semarak Desa Daerah
Kuala Nerus di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus, semalam.
Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata, langkah Pas itu
seharusnya menjadi iktibar kepada bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah
supaya meneliti semula keputusan mereka untuk tidak sama sekali bersekongkol dengan pihak
pembangkang bagi menjatuhkan BN dan UMNO.
Beliau juga memuji tindakan pemimpin Pas yang kini dilihat
semakin berminat untuk menjalin kerjasama dengan UMNO terutama dalam agenda
membangunkan Islam dan Melayu.
“Mana pernah kita lihat sebelum ini seorang permimpin utama,
Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan Menteri Pertanian
dan Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Exco Negeri, A Latiff Awang dan
Dato’Muhammad Pehemi Yusoff hadir (pada majlis) meletakkan tukun di perairan
Marang, baru-baru ini.
0 komen: