
Tiga beradik kembar
mendapat perhatian umum apabila mereka menyertai majlis berkhatan
beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan
Kampung Bharu, Tok Dor, Besut, hari ini.
Ketiga-tiga mereka,
Mohd Zikrulah Shihan, 9, Amirullah dan Nasrullah, dari Kampung Kelubi Putih,
Jabi, walaupun masih kecil tetapi sepakat untuk berkhatan lebih awal kerana seronok melihat rakan lain turut menyertai
program berkenaan.
Kembar tiga itu antara 150 peserta yang
menyertai Majlis Berkhatan dan Bertindik anjuran Pejabat Penyelaras DUN
Jabi,sempena cuti persekolahan tahun ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.
Ketika ditemui, tiga
beradik berkenaan melahirkan rasa gembira kerana turut terpilih menyertai
majlis berkhatan secara beramai-ramai.
Mohd Zikrulah berkata
mereka sepakat untuk menyertai majlis itu kerana seronok melihat rakan-rakan
lain yang turut berbuat demikian
Katanya, walaupun
sebahagian besar rakan lain ramai yang lebih tua tetapi mereka juga ingin
membuktikan tidak takut untuk berkhatan
“Hari ini kami
gembira kerana dapat melakukan upacara berkhatan beramai-ramai dan penuh
semangat,” Katanya
Ibunya, Rosilawati
Abd Rahman. 40, berkata, beliau hanya mengikut kehendak tiga beradik berkenaan
yang ingin menyertai majlis berkhatan terbabit.
“Saya amat gembira
kerana ia pilihan anak-anak dan tidak
takut untuk menyertai berkhatan,” Katanya.
0 komen: