Thursday, 9 August 2018

Terengganu FC II Kekal Sebagai `Feeder Team'

SHARE

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)  bersetuju untuk mengekalkan Terengganu FC II (TFC II) sebagai pasukan 'feeder team' (pasukan simpanan), manakala pasukan utama Terengganu Football Team I (TFC I) akan terus dimantapkan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.

Keputusan mengenai kedudukan pasukan kedua negeri itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PBSNT pertama yang dipengerusikan Presidennya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Timbalan Presidennya,  Hishamuddin Abdul Karim yang juga Timbalan Pengerusi Jawtankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri.

Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, pasukan kedua Terengganu itu akan terus bersaing dalam Liga FAM 2019.

"Sehubungan itu juga, PBSNT juga bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan yang akan bertanggungjawab menguruskan pembangunan bola sepak negeri ini dengan lebih tersusun, sistematik dan holistik

"BSNT juga menyusun beberapa langkah proaktif dalam memperkukuhkan saingan di masa hadapan dan akan diumumkan dari semasa ke semasa. Tumpuan buat masa ini adalah untuk Piala Malaysia dengan mengharapkan agar pasukan TFC terus mara dan bangkit.

Tengku Farok berkata, kerajaan negeri dan PBSNT berharap agar perancangan dan keputusan berkenaan akan membuahkan hasil yang positif dalam perkembangan bola sepak negeri.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: