Saturday, 11 August 2018

Pusat Khidmat Bergerak Dapat Sambutan

SHARE
Haji Amzad ceria bergambar bersama doktor-doktor yang memberikan khidmat rawatan.
Oleh: Syed Kamal Rizuan

Pusat Khidmat Bergerak mendapat sambutan rakyat apabila ramai penduduk setempat yang hadir mengambil peluang menggunakan khidmat tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, program ini sebenarnya telah dibuat sebelum memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan masih diteruskan sehingga kini.

"Ianya bagi memastikan tahap kesihatan orang ramai berada pada tahap terbaik melihatkan penyakit denggi dan virus HFMD yang meragut banyak nyawa kebelakangan ini,” ujarnya.


Program Pusat Khidmat Bergerak ataupun lebih dikenali sebagai Program Periksa Kesihatan Bergerak ini merupakan program bulanan yang dijalankan pada minggu kedua setiap bulan untuk setiap Dun dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Ini bagi memudahkan masyarakat setempat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan untuk memeriksa kesihatan secara percuma.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Pusat Khidmat Bergerak di Masjid Kampung Tok Ku, semalam.


“Tahniah kepada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Masjid Tok Ku, Dun Bandar, pegawai-pegawai kesihatan, kakitangan Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu serta semua yang terlibat kerana bertungkus lumus menjayakan program ini,” katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: