Thursday, 9 August 2018

Projek Kelapa Matag Perlu Dipulihkan

SHARE


Kerajaan negeri akan memulihkan projek tanaman Kelapa Matag, di Kampung Kubang Puyu Langkap, Setiu yang dikatakan gagal berikutan hanya 20 peratus kawasan sepatutnya dimajukan dengan tanaman itu sejak tujuh tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek  penanaman yang diusahakan menerusi Jabatan Pertanian Terengganu dan sepatutnya dapat menghasilkan produktiviti buah yang lebat dan santan yang banyak, tidak mencapai sasaran sebenar.

Katanya, hanya kira-kira 35 hektar sahaja tanaman itu, jauh daripada jumlah keluasan sebenar tanah seluas 174 hektar.

"Masih ada baki tanah 139 hektar yang terbiar kosong. Kos hampir RM5 juta telah dibelanjakan termasuk kos pembersihan dan perparitan. Sekarang terbiar tanpa penjagaan dan sebarang hasil yang sepatutnya diraih oleh kerajaan  negeri serta  pengusaha.



Menurut Dr. Azman, perusahaan itu antara satu lagi `projek sakit' yang memerlukan pemulihan segera dan pelbagai penambahbaikan.

Untuk rekod, Kelapa Matag atau nama saintifik Cocos nucifera 'Matag' lebih cepat mengeluarkan hasil berbanding varieti kelapa 'Malayan Tall' sedia ada kerana pengeluaran hasilnya lebih tinggi iaitu antara 100 hingga 120 biji satu pokok setahun berbanding pokok kelapa biasa kira-kira 70 biji setahun.

Ia juga mampu memberi pulangan yang baik di mana harga kelapa tersebut di peringkat ladang jauh lebih murah dan berbeza sehingga sekali ganda berbanding harga di pasaran.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: