Monday, 13 August 2018

Anak Muda Perlu Berani Ceburi Pertanian

SHARE
Dr Azman berucap dalam Program Santai Bersama Petani. Foto - Syaharulhafizi Shamsudin
Golongan muda perlu berani dan gigih menerokai dan mengambil peluang dalam bidang pertanian sebagai salah satu sumber pendapatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menyeru lebih ramai golongan muda menceburi bidang pertanian.

Katanya, bidang pertanian boleh dijadikan kerjaya memandangkan masih banyak ruang yang boleh digunakan.

"Di Terengganu, masih ada seluas 12,000 hektar tanah terbiar untuk dimajukan. Kita ada peluang pembiayaan, kursus dan tanah pertanian yang boleh dimanfaatkan," katanya.

Foto oleh Pegawai Media Dun Bukit Payung.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Santai Bersama Petani di Dataran Undang, Bukit Payung, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan ADUN Manir, Ustaz Hilmi Harun.



Menurut Dr Azman Ibrahim yang juga ADUN Jabi, terdapat 33 jabatan dan agensi di bawah Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa.

"Kita cuba minimakan urusan protokol supaya masyarakat boleh berinteraksi secara terus," ujarnya.

Dr Azman turut memaklumkan bahawa permintaan penduduk Terengganu kepada keperluan makanan melebihi sumber yang ada di negeri itu.

"Sekarang kita mendapatkan sumber daging dan sayuran dari negeri lain. Kita mampu meletakkan asas yang kukuh supaya pertanian dapat menjadi industri yang menampung keperluan penduduk di Terengganu ini," tambahnya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: