Saturday, 11 August 2018

Kerajaan Usaha Penuhi Hak Asasi Rakyat

SHARE
Mohd Norkhuzaini berucap dalam majlis tersebut.

Oleh: Siti Ainum Amijudin

Kerajaan berusaha semampu mungkin untuk memastikan hak-hak asasi rakyat dipenuhi sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kita sentiasa menyalurkan kebajikan kepada orang yang memerlukan dan mengurangkan sentimen kepartian.

"Siapa saja yang berhak akan menerima bantuan yang sepatutnya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra YB ADUN Kota Putera Bersama Warga Institut Latihan Islam Malaysia (ILTIM) Wilayah Timur, pada 6 Ogos.

"Matlamat perjuangan saya khusus buat rakyat Kota Putera adalah untuk meletakkan Islam di tempat yang selayaknya.

"Iaitu sebagai perlembagaan dan garis panduan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah pentadbiran," ujarnya.

Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berpesan kepada semua hadirin supaya cakna dan melaporkan setiap keburukan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tertentu.


Beliau turut menyatakan hasrat supaya ILTIM dapat terus bekerjasama dengan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera pada masa akan datang.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: