Thursday, 9 August 2018

Kontrak Baru Lembah Kaprima Kerteh

SHARE
Dr  Azman dan Ir Saiful,  ketika mengadakan lawatan ke Lembah Kaprima di Kerteh Kemaman.
Kerajaan Terengganu akan menamatkan perjanjian kontrak Pengusaha Projek Lembah Kaprima di Kampung Cabang, Kerteh  yang berakhir September ini bagi membolehkan pelaksanaan pengurusan baharu yang lebih efisien. 

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, kerajaan yakin para penternak lembah itu mampu untuk menguruskan ladang kambing jenis Kaprima (Kambing Prime Malaysia) apabila kontrak berkenaan tamat nanti. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kru Media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mengadakan lawatan bersama Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, Dr  Azman Ibrahim di lembah berkenaan, semalam pada 7 Ogos. 

Ir Saiful Azmi Suhaili yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kemasik berkata,  kerajaan sudah mengenal pasti kaedah sesuai untuk menyelesaikan projek terbengkalai tersebut dan 
menghidupkan kembali lembah penternakan kambing itu.

"Kita akan melihat kontrak terdahulu dan tamatkan kontrak berkenaan September ini," jelasnya.


Dr Azman dan Ir Saiful  diberi taklimat mengenai Projek Lembah Kaprima di Kampung Chabang Kerteh Kemaman.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, Dr Azman Ibrahim mengadakalan lawatan ke kawasan projek seluas 80 ekar tersebut di Kampung Cabang Kerteh, di sini semalam.

Turut serta ialah Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Cawangan Terengganu, Dr Khairul Anuar Muhammad, Pengarah Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Tengku Mohd Anuar Tengku Mahmood, Pengarah Pertubuhan Peladang Malaysia Cawangan Kijal, Encik Imran Fahmi Tajul Arifin, Encik Abdul Mubin Abdul Razak dan seramai 28 Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Kemasek.

Ir Saiful Azmi memaklumkan bahawa pemuda kampung berkenaan telah menubuhkan Persatuan Luminan Orang Muda dengan keahlian seramai 50 orang untuk memberi fokus terhadap penternakan Lembah Kaprima.

"Oleh kerana projek ternakan kambing Kaprima gagal, sebanyak kira-kira 15 ekor kambing terpaksa dibebaskan mencari makanan di kawasan sekitar," jelasnya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri komited dalam meneruskan Projek kambing Kaprima walaupun hanya empat daripada lapan projek mempunyai potensi.

"Kerajaan komited dalam memberikan sokongan kepada mana-mana pihak yang mempunyai minat, potensi dan kesungguhan untuk melaksanakan projek tersebut.


“Antara punca utama kegagalan baki empat lagi ialah pemilihan peserta yang tidak menepati kriteria dan lokasi Lembah Kaprima yang terlalu jauh daripada kemudahan jalan raya.
“Dan beberapa isu pengurusan serta pentadbiran sehingga kemudahan menjadi terbiar, ditumbuhi semak samun dan rosak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas selepas meninjau projek Kambing Lembah Kaprima di Kampung Ulu Seladang Setiu, pada Isnin, 25 Jun lalu.
Beliau bersama Jabatan Veterinar akan melihat satu persatu punca kegagalan projek Kaprima.

Kerajaan sebelum ini telah membelanjakan tidak kurang dari RM17 juta wang rakyat Negeri Terengganu untuk projek berkenaan.

Katanya, projek tersebut yang berdaya maju akan dipulihkan untuk manfaat rakyat dalam mencapai objektif asalnya.

"Sebagai contoh, penternak Hariz Nordin mewujudkan sebuah pusat pemprosesan susu kambing yang akan membantu penternak memasarkan produk mereka.
“Projek Kaprima Ulu Seladang yang diusahakan oleh beliau antara yang berjaya dengan memiliki lebih 600 ekor kambing daging dan tenusu,” tambahnya.

Lembah Kaprima yang ada di seluruh negeri ialah termasuk Projek di  Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu, Kampung Cabang, Kerteh (Kemaman), Segading (Hulu Besut), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Durian Mentangau (Dungun), Tanjung Gaduh (Marang) dan Mengabang Bakong (Kuala Nerus).
SHARE

Author: verified_user


0 komen: