Monday, 13 August 2018

Hayati Semangat Patriotik Pejuang Tanah Air

SHARE
Ir Saiful menyambut ketibaan peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018.

 Oleh: Ahmad Syahid Adnan

Semangat patriotik perlu dihayati oleh semua golongan tidak kira tua atau muda dalam memartabatkan maruah tanah air tercinta.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, kita tidak boleh melupakan hasil keringat yang dicurahkan oleh pejuang-pejuang tanah air.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Konvoi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 di Pantai Kuala Kemasik, kelmarin.


Ir Saiful Azmi Suhaili yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik turut mengingatkan supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak benar.

“Dengan kemudahan sekarang, sangat mudah untuk menyebarkan maklumat di hujung jari.

Maka, kita janganlah mudah percaya dan menyebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya”, ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, Negeri Terengganu ialah antara yang paling panjang pantainya termasuk Pantai Kemasik.

Kerajaan Negeri Terengganu akan berusaha untuk merancakkan program-program ataupun inisiatif-inisiatif pelancongan dengan harta yang berharga dalam negeri ini seumpama pantai yang indah ini", katanya.

Konvoi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 yang telah berlangsung hampir seminggu sebelum ini telah selamat tiba di Pantai Kuala Kemasik tengahari kelmarin.

Rombongan yang bergerak bermula dari Dungun disambut meriah oleh Ir Saiful dan rakyat Kemasik.


Pemberian cenderamata dan bendera Malaysia turut diagihkan kepada semua peserta untuk dikibarkan sepanjang bulan kebangsaan ini.


Turut hadir, Pengarah Penerangan Terengganu, Haji Suhardi dan Ketua Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2018, Lim Ah Lek.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: