Sunday, 12 August 2018

Giant Perintis Pasarayaku Sihat

SHARE
Pegawai kesihatan menunjukkan langkah sanitasi tangan yang betul.

Pasar raya Giant Kijal merupakan perintis pertama yang melancarkan inisiatif Pasaraya Sihat di Kemaman.

Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Mohd Anuar Abd Rahman berkata, projek yang mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Kemaman tersebut adalah bertujuan untuk memastikan pasaraya menyediakan tempat membeli belah yang sihat dari segi penjualan makanan dan risiko pendedahan kepada penyakit berjangkit.



“Projek ini diadakan dengan kerjasama dan panduan yang diberi oleh Pejabat Kesihatan Kemaman dan pihak kami mengambil iniasitif ini berikutan isu HFMD yang melanda di seluruh negara. 

“Antara isu yang berlaku ialah troli yang tercemar kerana meletakkan kanak-kanak bersama makanan di dalam troli,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Giantku Perintis Pasarayaku Sihat yang disempurnakan oleh wakil Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Khairul Rafizah Hairon di Giant Kijal, pada 9 Ogos.

Menurut Khairul Rafizah, antara inisiatif yang dibuat oleh pihak kesihatan adalah menyediakan 13 lokasi tempat sanitasi tangan iaitu di pintu masuk pasaraya, kaunter pendaftaran dan tempat pengimbas harga barang.

“Kesemua troli makanan turut disinfeksikan bagi menjamin ianya selamat digunakan kepada orang ramai.

“Selain itu, kami juga membuat hebahan kepada pengunjung dan ibu bapa tentang kemudahan cuci tangan dan panduan penggunaan di lokasi yang disediakan serta turut mengedar risalah 7 langkah basuh tangan dengan betul.



“Sementara itu Pejabat Kesihatan Kemaman turut mengadakan program kembara pasaraya sihat di pasaraya ini,” katanya.

Selain itu ia bertujuan untuk mendidik pengguna membuat pilihan makanan yang lebih bijak dalam meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap kepentingan, faedah dan peluang untuk mengamalkan pemakanan secara sihat.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: