Wednesday, 18 July 2018

Untung RM273 Juta Jual Tenaga Solar

SHARE


Anak syarikat kerajaan negeri, EPIC Berhad menjangkakan mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM273 juta hasil penjualan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama tempoh 21 tahun.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata EPIC melabur RM86 juta untuk membina sistem tenaga solar mula beroperasi secara rasminya pertengahan bulan ini di kawasan seluas 28 hektar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.
Katanya, pelaburan itu mampu memperoleh keuntungan kira-kira RM13 juta setahun atau  RM273 juta selama tempoh berurusniaga dengan TNB selama 21 tahun.

“Sistem tenaga solar berskala besar yang mampu menghasilkan 18.5 megawatt (MW) tenaga elektrik itu berupaya memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik secara langsung selepas dijana daripada sumber alam.

“Tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sistem solat itu dapat menampung bekalan elektrik sebahagian kilang perindurian di kawasan Teluk Kalong, Kemaman,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Loji Janakuasa Tenaga Solar, di Telok Kalong, Kemaman, kelmarin.

Dr Ahmad Samsuri yang juga Pengerusi  Lembaga Pengarah Epic Berhad berkata, Teknologi itu juga mampu memacu pertumbuhan ekonomi apabila inovasi dalam bidang itu dapat digunapakai bukan sahaja dalam industri malah membawa manfaat kepada pengguna tenaga..

“Epic melalui kerjasama EPIC solar Sbd Bhd memperoleh latikan daripada Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan projek itu.

“Bekalan elektrik yang dihasilkan daripada sistem tenaga solar itu akan dijual kepada TNB selama tempoh penjanjian iaitu 21 tahun,”katanya.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: