Sunday, 8 July 2018

Terengganu Tuan Rumah Muktamar PAS Pusat 2018

SHARE
Datuk Seri Abdul Hadi memotong kek sambutan Aidilfitri. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat yang  berlangsung pada 14 hingga 16 September ini.

Keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Muktamar akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, diikuti Dewan Pemuda PAS diadakan di Stadium Negeri dan Dewan Muslimah di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Manakala, Majlis Syura Ulama pula akan dijalankan di Hotel Permai, Kuala Terengganu.

Datuk Takiyuddin Hassan.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat dan  Terengganu yang turut dihadiri lebih 5,000 rakyat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan kepimpinan tertinggi parti seperti Mursyidul Am, Hashim Jasin, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Dato' Dr. Nik Zawawi Nik Salleh, Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob dan Dato' Mustafa Ali.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: