Wednesday, 4 July 2018

Takziah Ibu Bapa Adam Raykal - YAB MB

SHARE
Dr. Ahmad Samsuri

Seperti semua sedia maklum, berkenaan tragedi yang telah menimpa adik Adam Raykal yang ditemui di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves dan disorokkan di bahagian sejuk beku peti ais di rumah tersebut. Perkara ini amat mendukacitakan kita semua.

Saya difahamkan ibu bapa kepada Adam Raykal merupakan anak negeri Terengganu dan saya dimaklumkan bahawa jenazah Adam Raykal akan dibawa pulang ke Terengganu selepas urusan bedah siasat dijalankan.

Saya mengambil kesempatan ini mewakili Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi dan isterinya, Farah Madiha Othman atas kehilangan anak mereka. Diharapkan mereka dan keluarga bersabar atas ujian yang dihadapi kini.

Saya juga mengharapkan siasatan menyeluruh dijalankan dan semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Terima kasih

Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu

https://www.instagram.com/p/BkzR744AuA0/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=pqmftmi7mc0k
SHARE

Author: verified_user

0 komen: