Monday, 2 July 2018

Sultan Mizan Sempurnakan Istiadat Pembukaan DUN Ke-14

SHARE
 Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail dan Abu Ubaidah Mohd Noor


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Muaáz.




Hadir sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’A. Rahman Yahya, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.

Ketibaan baginda disambut dengan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’, diikuti lagu Selamat Sultan serta pengibaran Bendera DiRaja.



Sultan Mizan kemudiannya memberi perkenan kepada ketua kawalan kehormatan untuk berangkat memeriksa barisan kawalan kehormatan diiringi Ketua Barisan Kehormatan dan Ketua Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail.



Serentak dengan itu juga, barisan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’ dan lagu Selamat Sultan.

Sejurus kemudian, baginda berangkat masuk ke Majlis Dewan Undangan Negeri dan berkenan menyampaikan Titah Ucapan sebelum istiadat berakhir kira-kira sejam kemudian.





SHARE

Author: verified_user

0 komen: