Thursday, 5 July 2018

Sidang DUN : Lot Tanah Dirampas Dikembalikan Semula Kepada Pemilik

SHARE

Lot-lot tanah yang dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2004 apabila pemerintahan negeri ketika itu diambil alih oleh BN akan dikembalikan semula kepada pemiliknya.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS kini akan mengembalikan semula sejumlah puluhan ribu lot tanah yang dirampas itu.

Katanya, langkah itu bagi memberi keadilan kepada rakyat Terengganu yang telah dinafikan hak mereka dalam tempoh 14 tahun ini disamping menunaikan manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Banyak lagi lot-lot tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS dirampas semula oleh kerajaan BN apabila bertukar kerajaan pada 2004 walapun tanah-tanah ini tidak selesai proses pembahagiannya lagi termasuk yang belum selesai proses hak milik tanah borang 5A, ada yang sudah bayar (bayaran premium) dan sebagainya.

Ini adalah suatu penganiayaan dan ketidakadilan yang berlaku 14 tahun lalu. Kita akan tengok kembali semua permohonan yang telah dinafikan dan berlaku ketidakadilan waktu itu untuk diteliti dan diperbetulkan,’ ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi penggulungan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, semalam.

Katanya, tanah-tanah yang telah diluluskan semasa pemerintahan kerajaan negeri terdahulu  juga akan dikaji balik samada tanah yang diberikan itu berlaku pertindanan atau tidak untuk memberi keadilan kepada semua rakyat negeri ini.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: