Wednesday, 4 July 2018

Sidang DUN : Husain Dipilih Sebagai Senator

SHARE
Husain

Pesuruhjaya PAS Terengganu,  Dato’ Husain Awang , 72, dipilih sebagai Ahli Dewan Negara menggantikan kekosongan kuota senator dari Terengganu.

Nama beliau dicadangkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada persidangan DUN petang ini, kemudian disokong ADUN Buloh Gading, Ridzuan Hashim.

"Saya mencadangkan Dato’ Husain Awang dipilih sebagai Ahli Dewan Negara untuk mewakili DUN Terengganu di Dewan Negara," katanya.

Husain dari Besut yang mempunyai 10 cahayamata sebelum ini pernah dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Terengganu dari 1999 hingga 2014 selepas PAS berjaya menawan Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-10.

Beliau yang juga bekas pensyarah di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini UniSZA) merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu dan Pengerusi Lajnah Tarbiah Dewan Ulamak PAS Pusat.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: