Friday, 13 July 2018

SCM Komited Bantu Masyarakat

SHARE
Sebahagian daripada Jawatankuasa SCM bergambar selepas Majlis Sambutan Aidilfitri semalam. 


Skuad Cakna Masyarakat (SCM) Hulu Terengganu terus komited memperjuangkan usaha murni mereka melalui kebajikan kepada masyarakat.

Pengerusinya, Mat Safari Abu berkata ini adalah salah satu usaha dibawah tanggungjawab PAS sebagai sebuah parti gerakan dakwah, tarbiyah dan siasah lebih-lebih lagi sebagai kerajaan negeri yang memerintah.

Jelasnya, kebajikan bermakna kita mempermudahkan urusan saudara kita yang dalam kesempitan sedaya yang kita mampu mengikut keperluan mereka supaya dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung.

"Pihak kita akan turun tanpa mengira sempadan politik bagi melihat jika ada masyarakat yang memerlukan bantuan dan mereka ini disantuni dengan sebaiknya.

"Antara aktiviti kebajikan yang dilaksanakan  termasuk bantuan dalam kes-kes kecemasan seperti banjir, kebakaran, mangsa ribut dan sebagainya malah rakyat yang ditimpa musibah atau bencana akan segera dibantu oleh PAS, Insya’Allah ," ujarnya kepada Teganukita di Majlis Sambutan Aidilfitri SCM di Rest House, Kuala Berang, semalam.

Mat Safari Abu


Turut hadir Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Maliaman Kassim.



Menurut Mat Safari, SCM yang dianggotai hampir 50 orang akan turun setiap minggu mengikut keperluan terutamanya jika mendapat laporan dari anggota skuad dan penduduk kampung.

"Sekiranya dapat laporan yang menyatakan ada penduduk yang memerlukan pertolongan, kami akan turun bersama agensi yang berkaitan.

"Sehingga kini SCM mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) dan agensi kerajaan seperti Maidam dalam pelbagai bentuk bantuan dan kami mengucapkan terima kasih diatas pertolongan ini,"katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: