Saturday, 21 July 2018

Program Cerapan Gerhana Bulan Penuh 27 Julai Ini

SHARE


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjemput orang ramai ke Program Cerapan Fenomena Gerhana Bulan Penuh  bertempat di Masjid UniSZA Kampus Gong Badak, pada 27 Julai ini, bermula jam 8.00 malam.

Program bertujuan memberi pendedahan mengenai fenomena sains kepada orang ramai sekali gus menggalakkan minat terhadap bidang sains dalam kalangan masyarakat.

UniSZA turut mengadakan pelbagai aktiviti bermanfaat sempena program, di antaranya kuliah Maghrib, solat Isyak berjemaah, ceramah gerhana, solat sunat gerhana dan khutbah gerhana.

Gerhana pada kali ini akan meletakkan bulan di kedudukan apogi, iaitu bulan terletak jauh daripada bumi. Fenomena ini juga turut dikenali oleh masyarakat sebagai 'mini moon' .

Gerhana dijangka akan bermula pada jam 1.14 pagi mengikut waktu Malaysia dan merupakan gerhana bulan yang paling lama pada abad yang ke 21.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: