Sunday, 8 July 2018

Pengiktirafan UEC Dinilai Secara Holistik

SHARE
Dr. Maszlee Malik.
Sijil pelajaran Unified Examination Certificate (UEC) akan dinilai secara holistik terlebih dahulu sebelum diberi pengiktirafan oleh kerajaan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan itu perlu berikutan timbulnya pelbagai bantahan terhadap cadangan untuk menjadikan sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersama Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Menurut Maszlee, pengiktirafan UEC merupakan janji Kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, sebahagian yang membantah melihatnya bukan semata-mata sijil pelajaran, sebaliknya melibatkan isu bahasa kebangsaan dan perpaduan kaum di Malaysia.

"Kementerian akan memanggil semua pihak iaitu pendidikan UEC, pakar bahasa dan pihak yang bertanggungjawab dalam memantau perpaduan untuk menyelesaikan isu ini," katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Marang, petang ini.

Maszlee melihat pelan bangunan sekolah daripada pejabat pendidikan daerah.

Sekolah itu menjadi antara lokasi awal lawatan kerja beliau sebagai Menteri Pendidikan di Negeri Terengganu.




SHARE

Author: verified_user

0 komen: