Thursday, 19 July 2018

Pembinaan Kuala Terengganu Bypass 70 Peratus Siap

SHARE


Mohd Anuar meneliti kemajuan Projek Kuala Terengganu Bypass. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim

Pembinaan Projek Kuala Terengganu Bypass sepanjang  5.875 kilometer  yang membabitkan kos RM321 juta kini hampir 70 peratus siap

Projek yang dimulakan pada pertengahan 2016 itu, pada awalnya dijangka siap pada Januari tahun depan, bagaimanapun berkemungkinan terpaksa dilanjutkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan terdapat beberapa masalah teknikal, termasuk pengambilalihan tanah.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir, berkata bagaimanapun, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) itu dapat disiapkan mengikut jangkaan jadual.

Katanya, antara skop projek itu adalah membina jalan baharu empat lorong dengan piawaian rekabentuk Jabatan Kerja Raya (JKR) U5, membina empat buah jambatan dengan panjang keseluruhan sejauh 598 meter serta melibatkan skop menaiktaraf dan pembinaan persimpangan di Simpang Tok Molor , Jalan Tok Adis (T12) dan Jalan FT03 di Kg Durian Burung.

“Skop kerja lain,  penyediaan sistem perparitan dan pembentungan yang sistematik, pemasangan lampu jalan dan lampu isyarat, pemasangan kelengkapan jalan,pengalihan utiliti dan pembinaan dua buah 'vehicular box culvert' (VBC),”katanya.

Pembinaan laluan dari Simpang Tok Molor, Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung itu mampu mempercepatkan perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu dan sebaliknya.

Disamping menjadi komponen utama dalam Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: