Monday, 23 July 2018

NGO Jadi Mata Dan Teliga Kerajaan

SHARE

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini diharap menjadi medium terbaik untuk membantu kerajaan negeri dalam menyampaikan pelbagai maklumat kepada masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri , Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata tanggungjawab tersebut perlu dipikul bersama selaras dengan pelbagai pendekatan yang diambil kerajaan negeri terutamanya dalam berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan teknologi kini.

Katanya, kerajaan negeri meletak harapan yang cukup tinggi kepada kumpulan NGO   untuk bantu kerajaan dalam pelbagai aspek terutamanya kebajikan yang melibatkan kesejahteraan rakyat.
“Selain itu, mereka (NGO) boleh jadi mata dan telinga kepada kita supaya setiap masalah rakyat terjaga,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, di pejabatnya hari ini.

Sementara itu Wan Sukairi turut memberitahu bahawa  kerajaan negeri  berhasrat  mahu melahirkan ahli sukan profesional yang patuh syariah bagi  mencipta nama di persada antarabangsa.

“Kita akan mendalami perkara itu  supaya apa yang dilakukan Terengganu menjadi ikutan pihak lain terutama berkaitan aspek pemakaian, displin dan sebagainya,”katanya


SHARE

Author: verified_user

0 komen: