Tuesday, 17 July 2018

Naufal Terima RM11,000 Skim Takaful Pelajar

SHARE
Zainun menyerahkan cek kepada pihak sekolah.

Pelajar yang putus kaki akibat digilis lori, Muhammad Naufal Yazid Mohd Salleh, 8, menerima insurans bernilai RM 11,000 daripada Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (STPSM) melalui Takaful Malaysia Berhad, baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan Pengurus Bisnes Takaful Malaysia Berhad, Zainan Kassim di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Serada, Kuala Terengganu.

Menurut Zainan, STPSM melindungi seluruh pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara.

"Selain daripada insurans yang diperoleh, adik Naufal juga boleh memohon keperluan seperti kerusi roda yang juga termasuk dalam perlindungan yang disediakan," katanya.

Pihak sekolah juga menyumbang RM1,000 untuk membantu  membiayai perubatan beliau dalam majlis yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Muhammad Naufal Yazid putus kaki kanan dan hancur tangan kiri akibat digilis lori dalam kejadian di Kampung Banggol Cempedak pada hari raya keenam, 20 Jun lalu.

Beliau kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: