Sunday, 15 July 2018

Khumaira Anak Angkat Terengganu

SHARE
Ahmad Samsuri melawat Khumaira yang sedang dirawat di HSNZ. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 

Kerajaan negeri bercadang  mahu menjadikan kanak-kanak malang Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7,  yang putus tangan  kiri dalam kejadian di Kampung Binjai Bongkok, Marang malam kelmarin sebagai anak angkat.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan itu memudahkan pihak berkaitan membantu Khumaira dengan apa jua keadaan,  paling terdekat akan  mendapatkan  tangan palsu untuk mangsa.

“Saya difahamkan oleh Pegawai Perubatan yang merawat Khumaira, mangsa boleh menggunakan tangan palsu, bagaimanapun memerlukan latihan dan rawatan yang selanjutnya.
“Bantuan-bantuan lain akan menyusul supaya Khumaira dapat meneruskan kehidupan  seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Khumaira di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini.

Ahmad Samsuri turut mendoakan ahli keluarga mangsa tabah dan cekal menerima dugaan berat itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa yang dari Kampung Tebakang, Bukit Payung hanya mengadu sakit dan langsung tidak menangis biarpun turut mengalami luka di kepala dan kaki.

Difahamkan anak sulung daripada dua beradik ini memakai baju sejuk bersaiz besar milik ibunya sebelum pakaian berkenaan terbelit pada rim motosikal yang ditunggangi kakak sepupunya semasa mereka dalam perjalanan ke rumah penghulu kampung yang terletak berhampiran

SHARE

Author: verified_user

0 komen: