Wednesday, 18 July 2018

Kerajaan Negeri Pertimbang Lantik Bukan Islam Dalam Pentadbiran Negeri

SHARE

Kerajaan negeri sedang menimbang untuk melantik wakil bukan Islam dalam pentadbiran bagi menjaga kebajikan semua masyarakat termasuk bukan Melayu.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara tersebut masih dalam perbincangan dan pihaknya akan melantik pegawai dari kalangan warga Tionghua dan India yang merupakan komponen penting dalam kerajaan negeri.

"Kita dalam pertimbangan untuk melantik pegawai-pegawai dari kalangan bukan Islam yang akan bertanggungjawab dalam kebajikan mereka.

"Malah kita juga akan melantik beberapa orang pegawai berbangsa Melayu dan golongan wanita sebagai tambahan, ianya dalam proses akhir yang akan diumumkan tidak lama lagi," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri bersama Warga Tiongha dan India di Dataran Kamoung Cina,  Kuala Terengganu, petang ini.



Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dan wakil-wakil persatuan Tionghua dan India.



Ahmad Samsuri berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat kebajikan masyarakat bukan Islam melalui  aduan dari pihak yang terbabit.

"Mereka sentiasa utarakan isu dan pandangan kepada Ahli Parlimen serta ADUN Bandar dan tindakan yang sewajarnya akan diambil bagi menyelesaikannya.

"Setakat hari ini, pihak kami banyak menerima aduan tentang masalah perniagaan, masalah harian, masalah perparitan dan pelbagai lagi aduan...setakat ni tiada lagi masalah untuk uruskannya," katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: