Monday, 23 July 2018

Ibu Bapa Perlu Lebih Beri Perhatian Kepada Anak

SHARE
Wan Hassan Mohd Ramli 

Ibu bapa perlu lebih memberi perhatian dan mengambil berat tentang anak mereka walaupun ketika  di rumah.

 Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyarankan demikian selepas menziarah jenazah bayi malang yang maut akibat terjerut pada bidai tingkap di rumahnya ketika bermain berseorangan di Bandar Al Mukhtafi Billah Shah, (AMBS), Dungun, semalam.

Beliau yang hadir menziarah jenazah Muhamad Azhari Zul Azri yang berumur  setahun lapan bulan di Unit Forensik Hospital Dungun dan turut melahirkan rasa sedih serta simpati terhadap ahli keluarga akibat kejadian tidak diingini itu.

"Kejadian yang berlaku terhadap bayi tersebut cukup mengejutkan kita semua kerana dan saya juga berasa sedih di atas kehilangan nyawa bayi tersebut," katanya.

Wan Hassan ( dua dari kiri) bersama waris keluarga terbabit ketika melakukan lawatan di Unit Forensik 
Wan Hassan berkata, sejak kebelakangan ini masyarakat di negara ini telah dikejutkan dengan pelbagai kes yang membabitkan keselamatan kanak-kanak termasuk isu dera yang membawa kepada kematian dan pelbagai lagi.

Katanya, seluruh masyarakat khususnya ibu bapa disarankan supaya lebih berhati-hati dan lebih memberi tumpuan terhadap aspek keselamatan anak-anak.

"Kes ini amat menyedihkan membabitkan isu keselamatan kanak-kanak dan hal ini menjadi satu perkara sensitif sekarang dan isu ini  harus diambil berat dan diberi perhatian lebih bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Memang perkara sebegini tidak dijangka dan kemalangan boleh dielakkan sekiranya  masyarakat lebih berwaspada dan mengambil berat berkenaan isu keselamatan anak mereka.

"Mudah-mudahan keluarga mangsa jadikan perkara ini untuk lebih menekankan penjagaan kepada anak-anak lain walaupun ia berlaku kerana kemalangan dan kita harap mereka bersabar dan jadikan anak-anak lain sebagai pembangkit semangat dan bagi yang telah pergi sebagai aset di akhirat kelak,"katanya.

Pada lawatan itu, Wan Hassan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada bapa bayi tersebut, Zul Azri Hashim, 39, dan pihaknya bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Besi akan berusaha membantu bagi mengurangkan beban ditanggung oleh keluarga mangsa.
SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: