Saturday, 14 July 2018

Anak Yatim Dan Golongan Asnaf Terima Sumbangan RM13,000

SHARE
Hanapiah bersama anak yatim dan golongan asnaf

Seramai 60 orang anak yatim dan 10 golongan asnaf diraikan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Kelab The Legends 33 Chukai.

Pengerusi Kelab The Legends 33 Chukai, Mohd Zawawi Ahmad berkata, pada majlis tersebut anak yatim dan asnaf juga turut menerima duit raya yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat.

“Selain itu, kesemua anak yatim dan asnaf turut menerima barangan dapur seperti beras, gula dan hamper,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan anak yatim dan golongan asnaf di Padang Astaka Kemaman semalam.

Menurut Zawawi, pihaknya berjaya mengumpul wang kutipan sebanyak RM13,000 melalui tabung derma ahli-ahli kelab.

“Wang tersebut berjaya dikumpul dalam masa tiga minggu sahaja dan semua penerima anak yatim dan asnaf tersebut adalah daripada penduduk Kemaman.

“Program ini merupakan program yang pernah dijalankan pada tahun lalu dan pada malam ini merupakan kali kedua kami laksanakan,” katanya.

Selepas ini pihaknya akan mengajurkan program derma darah terbuka kepada orang ramai terutama warga Kemaman.

Zawawi berkata, dalam majlis itu juga turut mengadakan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli-ahli kelab yang disampaikan oleh Hanafiah Mat.

“Selain itu, pelbagai juadah turut disediakan seperti sate ikan, lemang, nasi minyak, kambing bakar, aiskrim potong dan minuman.

“Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian kumpulan Kemaman iaitu BBS Akustika dan CK Band,” katanya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: