Thursday, 7 June 2018

Warga Wisma Persekutuan Hayati World #QuranHour

SHARE

Persatuan Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kuala Terengganu (PKSWPKT) mengadakan World #QuranHour di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu, hari ini.

Program disertai warga Wisma Persekutuan bermula dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya II Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Ustaz Muhammad Ash-Shafie Abd Manan dan seterusnya membaca surah Yasin.


Pengerusi PKSWPKT yang juga Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,  Dr Mohamad Omar berkata, penganjuran program bertujuan memberi peluang kepada kakitangan Wisma Persekutuan meluangkan masa bersama-sama membaca dan menghayati ayat-ayat suci al- Quran sempena bulan Ramadan.

Katanya, program yang diadakan serentak di seluruh dunia itu mampu mendidik umat Islam agar sentiasa membaca al-Quran secara berterusan pada setiap hari dan bukan hanya pada masa tertentu sahaja.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: